BERSATU Kota Melaka sediakan lebih 3,900 bakul makanan

KOTA MELAKA 12 Jun – Lebih 3,900 bakul makanan disediakan serta diagihkan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Kota Melaka kepada penduduk melalui Pakej Bantuan Perlindunggan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).

Ketua BERSATU Bahagian Kota Melaka, Datuk Hishamudddin Abdul Karim memberitahu, daripada jumlah itu pihaknya telah mengagihkan lebih 1,740 bakul makanan setakat ini.

Jelasnya, masih banyak bekalan bakul makanan sedang disediakan untuk penduduk yang terkesan akibat Covid-19 dan ekonomi.

“Kita sediakan bakul makanan itu di bilik gerakan Perikatan Nasional (PN) Telok Mas di mana wakil BERSATU, Pas, Gerakan dan wakil ahli Bersekutu akan ambil untuk diagihkan kepada penduduk dari rumah ke rumah sebagai mematuhi SOP.

“Kita bekerja 24 jam dan kerja-kerja ini mendapat kebenaran MKN negeri Melaka serta dipantau oleh MKN sendiri,” katanya.

Hishamuddin memberitahu, antara barangan yang diagih ialah beras 10 kilogram, minyak masak, gula, sardine, tepung, makanan kering dan beberapa barangan lain.

“Minyak masak kita sediakan dua peket bagi setiap bakul makanan supaya penduduk tidak terkesan dengan dakwaan kekurangan minyak masak,” katanya.BERSATU Kota Melaka sediakan lebih 3,900 bakul makanan

Menjawab pertanyaa, beliau berkata, maklum balas daripada penduduk mendapati mereka puas hati dan berterima kasih kerana keprihatinan kerajaan menyalurkan bantuan melalui PERMAI.

“Bantuan prihatin rakyat ini berterusan dan agihan ini mendapat kerjasama daripada Pas, Gerakan dan ahli Bersekutu.

“Kerjasama ini membolehkan setiap mereka yang layak dapat menerima bantuan berkenaan dan ia juga menggambarkan tiada perbezaan politik apabila membabitkan bantuan kerajaan,” katanya.

 

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *