ARMADA Dukung Penuh Pelan Pemulihan Negara, Fokus Hanya Kepada Rakyat

1.​ ARMADA Bersatu Malaysia mengalu-alukan pengumuman Pelan Pemulihan Negara oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang secara jelasnya menyediakan jalan keluar daripada krisis yang disebabkan oleh Covid-19, yang akan membolehkan seluruh ekonomi dibuka secara berperingkat.

2.​ Selain pematuhan SOP yang ketat, kritikal untuk kejayaan kita ialah kadar vaksinasi awam demi mencapai imuniti kelompok di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), yang kini sudah mencapai jumlah kumulatif 4.7 juta dos.

3.​ Atas kesedaran ini juga, ARMADA sejak Mei 2021 telah melancarkan ‘Misi 100 Jam Khidmat Sukarela’ untuk membantu golongan rentan terutamanya warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) sama ada untuk mendaftar atau mendapatkan vaksin di pusat pemberian vaksin (PPV) terdekat. ARMADA turut mengalu-alukan penglibatan semua pihak untuk meluaskan lagi capaian program ini.

4.​ Dengan adanya sasaran jelas untuk membuka kembali Parlimen sekitar September atau Oktober nanti juga, komitmen berterusan kerajaan terhadap sistem demokrasi berparlimen kian terbukti. Oleh itu, obsesi melampau sesetengah pihak terutamanya di pihak pembangkan untuk bermain politik haruslah diketepikan dan ditolak oleh rakyat. Keutamaan sekarang hanyalah untuk rakyat.

5.​ Sempena mesyuarat khas Majlis Raja-raja, ARMADA turut mengambil kesempatan untuk menyembahkan sepenuh ketaatan serta memohon ampun perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja-raja agar usaha ini beroleh kejayaan.

 

WAN AHMAD FAYHSAL BIN WAN AHMAD KAMAL

Ketua ARMADA Nasional, merangkap

Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *