Kenyataan Media Ketua Penerangan BERSATU

TAHNIAH DI ATAS PELANTIKAN DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB SEBAGAI TPM, DATUK SERI HISHAMMUDDIN HUSSEIN SEBAGAI MENTERI KANAN LUAR NEGERI

 

BERSATU mengucapkan sekalung tahniah atas pelantikan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk membantu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini.

BERSATU juga mengucapkan tahniah kepada Dato’ Seri Hishammuddin Hussein yang dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri, di mana beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai Ismail Sabri.

Saya percaya pelantikan ini mampu meningkatkan lagi keupayaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) khususnya dalam menghadapi pandemik Covid-19.

Saya yakin seluruh rakyat menyokong pengharapan yang disebut dalam pengumuman oleh Pejabat Perdana Menteri, bahawa pelantikan ini seharusnya dapat memperkukuh perpaduan dalam kalangan parti-parti yang membentuk kerajaan. Perpaduan dan kesatuan inilah yang diharapkan oleh rakyat, kerana ia menjadi teras penting dalam usaha menjaga kebajikan rakyat, membina semula ekonomi dan memastikan kita menang bersama dalam memerangai wabak COVID-19.

Saya juga menyokong sepenuhnya azam kerajaan PN untuk memperkukuh kerajaan dengan tadbir urus yang telus, bebas rasuah dan berintegriti. Nilai-nilai ini adalah amat penting demi memastikan amanah kuasa mentadbir negara dimanfaatkan untuk kebaikan dan kepentingan rakyat terbanyak.

DATUK WAN SAIFUL WAN JAN
Ketua Penerangan BERSATU
7 Julai 2021

Author: editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *