Projek tambak laut: Beri ekuiti kepada penduduk

PULAU PINANG 7 Julai – Projek tambak laut di perairan selatan di pulau di negeri ini bakal menyebabkan kalangan nelayan hilang pekerjaan dan sumber pendapatan.

 

Malah, projek berkenaan juga akan menyebabkan pendudukan jauh ketinggalan dalam arus pembangunan semasa.

 

Untuk itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Telok Bahang, Zolkifly Md. Lazim mahu kerajaan negeri memberikan ekuiti kepada penduduk terbabit supaya pendapatan penduduk terus terjamin.

 

Beliau berkata, projek tambak laut yang bakal mewujudkan sebuah pulau baharu itu akan mengubah suasana kehidupan sosial penduduk dan juga ekonomi setempat.

 

“Kalangan nelayan akan ketinggalan dalam arus pembangunan serta kehilangan punca pendapatan mereka.

 

“Akibatnya mereka akan menjual hartanah serta pemilikan sedia ada.

 

“Kita tidak mahu ini berlaku dan oleh itu kerajaan negeri harus memberikan ekuiti kepada kalangan penduduk terbabit bagi menjamin punca pendapatan mereka berterusan,” katanya.

 

Beliau berkata, projek tambak laut itu akan memberi kesan kepada kira-kira 4,000 penduduk sekitar Telok Kumbar dan Batu Maung.

 

“Pembangunan tambak laut kerajaan ini ini lebih bermakna jika ia turut membawa manfaat kepada penduduk terbabit dan langkah terbaik ialah memberikan ekuiti kepada penduduk,” katanya.

 

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *