PN N.Sembilan agih 4,000 Bakul Prihatin kepada wakil pimpinan bahagian

KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Sebanyak 4,000 Bakul Prihatin diagihkan kepada wakil-wakil pimpinan bahagian Perikatan Nasional (PN) untuk diedarkan kepada penduduk yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Pengerusi Badan Perhubungan PN Negeri Sembilan Datuk Eddin Syazlee Shith berkata kesemua bakul makanan itu akan diberikan kepada penerima-penerima di kawasan bahagian masing-masing.

“Mereka akan mengagihkan Bakul Prihatin ini kepada penerima-penerima di kawasan bahagian masing-masing.

“Terima kasih kepada rakan-rakan pimpinan Perikatan Nasional yang turut hadir, Tuan Haji Rafiei bin Mustapha (Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan) dan Dato’ David Chong Vee Hing (Pengerusi GERAKAN Negeri Sembilan).

“InsyaAllah, PN Negeri Sembilan akan terus berkhidmat demi rakyat,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Ziarah Prihatin PN Negeri Sembilan di Pejabat Bersatu Negeri Sembilan, di sini hari ini.

Author: editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *