23 pemimpin BERSATU dilantik dalam barisan Kabinet baharu

KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Seramai 23 pemimpin daripada BERSATU mendapat tempat dalam Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Dikenali barisan ‘Kabinet Berorientasikan Hasil’, Ismail Sabri menyenaraikan kembali kebanyakan menteri penuh yang berkhidmat di bawah kepimpinan Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan 38 timbalan menteri.

Bagi Menteri Kanan, mereka adalah:

1. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri – Datuk Seri Mohammed Azmin Ali
2. Menteri Kanan Pendidikan – Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin

Bagi Menteri pula, mereka adalah:

1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) – Datuk Seri Mustapa Mohamed
2. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Datuk Seri Rina Mohd Harun
3. Menteri Belia dan Sukan – Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
4. Menteri Pertanian dan Industri Makanan – Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
5. Menteri Luar Negeri – Datuk Seri Saifuddin Abdullah
6. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi – Datuk Zuraida Kamaruddin
7. Menteri Dalam Negeri – Datuk Seri Hamzah Zainuddin
8. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) – Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

Turut tersenarai, seramai 13 Timbalan Menteri daripada BERSATU iaitu:

1. Timbalan Menteri Pertahanan – Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz
2. Timbalan Menteri II Kewangan – Yamani Hafez Musa
3. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) – Datuk Eddin Syazlee Shith
4. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) – Datuk Wira Mas Ermieyati Samsuddin
5. Timbalan Menteri Alam Sekitar – Dato’ Dr Mansor Othman
6. Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli – Datuk Ali Biju
7. Timbalan Menteri II Dalam Negeri – Jonathan Yasin
8. Timbalan Menteri I Kesihatan – Datuk Dr Noor Azmi Ghazali
9. Timbalan Menteri Luar Negeri – Kamarudin Jaffar
10. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna – Datuk Rosol Wahid
11. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi – Muslimin Yahaya
12. Timbalan Menteri II Perusahaan, Perladangan dan Komoditi – Willie Mongin
13. Timbalan Menteri Perpaduan Negara – Senator Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal

Ketika mengumumkan barisan kabinetnya di Perdana Putra di sini, Ismail Sabri berkata pembentukan Kabinet itu merupakan satu formulasi semula berdasarkan situasi semasa demi mengekalkan kestabilan dan meletakkan kepentingan serta keselamatan Keluarga Malaysia lebih daripada segala-galanya.

“Kabinet ini perlu bertindak pantas dan bersepadu dalam usaha membebaskan Malaysia daripada ancaman pandemik COVID-19, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik,” katanya dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen televisyen tempatan.

Ismail Sabri mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada 21 Ogos.

Author: editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *