BERSATU Kota Melaka rai semangat kemerdekaan dengan sumbangan prihatin

KOTA MELAKA, 31 Ogos — Seramai 400 penduduk di Taman Sri Duyong 2 mendapat sumbangan makanan asas iaitu sepapan telur dan tepung gandum, sempena Hari Kemerdekaan ke-64 hari ini.

Ketua Bahagian BERSATU Kota Melaka Datuk Hishamuddin Abdul Karim berkata inisiatif sumbangan itu selaras dengan tema hari kebangsaan, iaitu Malaysia Prihatin, di mana bantuan tersebut mampu meringankan beban penduduk tatkala ekonomi negara berdepan cabaran akibat wabak COVID-19.

“Kita bersyukur kerana dapat membantu masyarakat yang memerlukan bantuan terutama ketika menghadapi wabak COVID-19.

“Inisiatif ini tidak dapat dilaksanakan tanpa kerjasama daripada kepimpinan Bahagian BERSATU dan masyarakat setempat.

“Insyallah, kita akan bantu rakyat setempat dalam program akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program Drive Thru 1.0 Prihatin Merdeka-64 di Balairaya Taman Sri Duyong 2, di sini hari ini.

Program yang bermula sejak awal pagi, mendapat sambutan menggalakkan dengan hanya seorang ketua keluarga sahaja layak mendapat sumbangan makanan asas berkenaan.

Author: editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *