KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Masih dalam perbincangan antara pihak teknikal dengan tiga negara yang membuat bantahan balas terhadap Ukraine dalam isu penarikan balik pingat emas atlet negara.
Ketiga-tiga negara membantah itu ialah Malaysia, Australia dan Ecuador.
Itu ciapan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai kemaskini berita mengenai penarikan balik pingat emas yang dimenangi Muhammad Ziyad Zolkefli.
Atlet negara bagi acara lontar peluru memenangi pingat emas dalam acara lontar peluru seterusnya mencatat rekod baharu dunia pada balingan 17.94 meter di kejohanan Paralimpik Tokyo 2020.
Bagaimanapun, pingat itu dikatakan ditarik balik memandangkan terdapat protes daripada peserta Ukraine kerana mendakwa Muhammad Ziyad tiba lewat di call room.
Dalam ciapan itu, Faizal Azumu juga menerima permintaan ramai dari netizen supaya wakil kerajaan mempertahankan pingat emas berkenaan termasuk membawa kes itu sampai ke mahkamah timbang tara sukan.