TAIPING 2 Feb. – Jasa dan sumbangan barisan hadapan termasuk anggota tentera yang memainkan peranan dalam menangani pandemik Covid-19 sentiasa dihargai oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Sehubungan itu, sebagai penghargaan dan prihatin dengan pasukan keselamatan, bukan sahaja ucapan terima kasih yang berterusan disampaikan, malah BERSATU dari semasa ke semasa turut menghulurkan bantuan sekadar yang termampu.
BERSATU Bahagian Taiping telah mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan termasuk dalam bentuk barangan makanan.
Ketua Penerangan BERSATU Negeri Perak yang juga Ketua Bahagian Taiping, Kadeer Maidin berkata, pihaknya mengambil inisiatif dengan menyampaikan sedikit bantuan kepada anggota tentera yang bertugas
Ketua Penerangan BERSATU Negeri Perak yang juga Ketua Bahagian Taiping, Kadeer Maidin berkata, pihaknya mengambil inisiatif dengan menyampaikan sedikit bantuan kepada anggota tentera yang bertugas.
“Bantuan yang diberi hanya kecil dan tidak dapat membalas jasa anggota tentera yang tidak ternilai harganya.
“Mereka bukan sahaja mempertahankan negara serta menjaga keselamatan negara, malah dalam masalah Covid-19 ini pasukan tentera turut menjadi barisan hadapan.
“Apa yang mereka lakukan adalah demi memastikan nyawa orang awam dijaga,’’ katanya.
Selain bantuan untuk anggota tentera, BERSATU Bahagian Taiping turut menyampaikan sumbangan kepada orang awam dalam Parlimen Taiping.
“Program menyantuni masyarakat oleh BERSATU Bahagian Taiping ini akan kita teruskan. Yang penting setiap prosedur operasi standard perlu dipatuhi sebagai langkah menghidari pandemik Covid-19,’” katanya.