BERSATU Kota Melaka sumbang bantuan makanan kepada mangsa banjir

TELOK MAS, 23 Ogos — Sejumlah 13 rumah di dua kampung di Parlimen Kota Melaka yang terjejas selepas kediaman mereka dilanda banjir semalam, menerima bantuan keperluan makanan harian daripada BERSATU Kota Melaka.

Dua kampung berkenaan adalah Kampung Pernu dan Kampung Bukit Kechil.

Ketua Bahagian BERSATU Kota Melaka, Datuk Hishamuddin Abdul Karim berkata bantuan segera itu diberikan kepada mangsa banjir bagi meringankan beban mereka.

“Bantuan keperluan makanan ini termasuk beras, gula, gandum dan minuman diberikan kepada mangsa bagi meringankan beban mereka.

“Kita pergi ke setiap rumah mangsa banjir untuk menyampaikan bantuan sebagai bukti bahawa mereka juga tidak diabaikan,” katanya selepas program Ziarah Prihatin selepas melawat mangsa banjir di dua kampung terlibat, hari ini.

Author: editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *