Kabinet baharu akan buktikan hasil kerja dalam tempoh 100 hari

KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Ketua Armada BERSATU Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memberi jaminan barisan Kabinet baharu yang diumumkan bakal berorientasi hasil dan usaha keras yang akan dibuktikan dalam tempoh 100 hari pertama.

Beliau berkata, pihaknya sedar ada tanggungjawab dan amanah di sebalik jawatan yang diberi itu.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memberi kepercayaan untuk saya menyumbang khidmat untuk Keluarga Malaysia sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara.

“Saya sedar di sebalik jawatan, ada tanggungjawab dan amanah yang wajib kami tunaikan, khususnya untuk kami di Kementerian Perpaduan Negara di bawah pimpinan Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Mohamed Sadique,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Wan Ahmad Fayhsal menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan bagi Kabinet bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Author: editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *