Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan melancarkan Penjana KERJAYA yang melibatkan kos sebanyak RM39 juta bagi membantu golongan sasar iaitu anak muda lepasan SPM, graduan, gelandangan serta komuniti.
Ia akan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional serta latihan keusahawanan berstruktur.
Objektifnya adalah untuk memberikan latihan kemahiran menjana punca pendapatan baru melalui pengupayaan digital. Geran juga disediakan pada yang layak.
MARA juga turut bersama sebagai rakan strategik industri dan secara tidak langsung, objektif akhir iaitu keyakinan diri dan daya saing golongan sasar tersebut tercapai.
Majlis Penyampaian Skim PENJANA ini akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada 4 Januari 2021 (Isnin), jam 9.00 pagi secara langsung.
Bagi yang berminat, boleh memohon di http://penjana.mara.gov.my