Kenyataan Media Penerangan Bersatu Negeri Melaka Menjunjung Kasih Ke Bawah DYMM Yang Di-Pertuan Agong

hishamudin

Badan Pimpinan BERSATU negeri Melaka menjunjung kasih titah KDYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong yang memperkenan untuk melaksanakan proklamasi darurat di seluruh negara bermula 13 Januari 2021 hingga 1 Ogos 2021.

Pelaksanaan darurat ketika negara sedang menghadapi pandemik Covid-19 yang cukup dahsyat adalah satu langkah terbaik dalam usaha membendung wabak tersebut.

Melalui satu tinjauan umum, proklamasi darurat ini diterima rata-rata rakyat Malaysia dengan terbuka dan menyokong penuh usaha murni kerajaan dalam menangani pandemik ini.

Pada masa yang sama, pertelingkahan politik harus dihentikan juga bagi memberi peluang kepada kerajaan semasa untuk fokus kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Berdirinya seorang pemimpin adalah disebabkan rakyatnya.

Oleh itu, pentingnya untuk meletakkan kepentingan rakyat terlebih dahulu berbanding kepentingan-kepentingan lain.

Dalam menghadapi pandemik Covid-19, ramai rakyat yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan terjejas malah memberi kesan kepada keadaan ekonomi negara.

Negara kita turut dilanda bencana banjir yang teruk baru-baru ini di beberapa buah negari. Hal ini cukup memberi kesan yang lebiih buruk kepada kita.

Justeru itu, pelaksanaan darurat adalah langkah yang bertepatan bagi mewujudkan satu tempoh bertenang bagi mencari dan mendapatkan penyelesaian untuk membendung wabak ini serta meredakan suhu politik negara yang boleh mengundang ketidakstabilan politik dan juga ekonomi negara.

DATUK HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
Ketua Penerangan BERSATU Melaka
merangkap Ketua Bahagian Kota Melaka

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *