Pasukan Armada Kota Bharu mengiringi Ketua Bersatu Bahagian Kota Bharu Dato Farid Zawawi yg juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi ke Kuala Krai yang dilanda banjir untuk melawat kawasan dan memberi bantuan kepada penduduk setempat.
Ketua Bersatu Bahagian Kuala Krai juga turut mengiringi rombongan sukarelawan itu melawat kawasan yang dilanda musibah dan memberi agihan barangan dapur serta keperluan asas.
Terima kasih diucapkan kepada sukarelawan Puan Lina Aina yang turut bersama di dalam misi ini. Juga tidak lupa kepada Tuan Bahari Jebat Ketua Bersatu Bahagian Tanah Merah yang juga bersama-sama menjayakan program ini.