AYER KEROH 23 Jan. – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Parlimen Kota Melaka hari ini mengagihkan 80 set barangan makanan kepada keluarga yang memerlukan.
Program dengan kerjasama Perikatan Nasional (PN) itu mendapat sambutan ramai hinggakan terdapat penduduk yang meminta agar ia diperluaskan ke kawasan sekitar.
Ketua Penerangan BERSATU Negeri Melaka, Datuk Hishamuddin Abdul Karim memberitahu, program iru bertempat di Bilik Gerakan N23 Telok Mas Parlimen Kota Melaka.
“Set barangan makanan ini diagihkan kepada ketua-ketua cawangan untuk disumbangkan kepada keluarga yang memerlukan semasa PKP berlangsung sekarang,” katanya.
Kata beliau, pihaknya terkejut apabila terdapat kalangan penduduk meminta agar program berkenaan diperluaskan ke kawasan sekitar.
“Insya Allah permintaan penduduk itu akan kita usahakan kerana menjadi agenda BERSATU dan PN untuk membantu rakyat,” katanya.