KUALA LUMPUR 29 Jan. – Armada BERSATU menyambut baik serta mengucapkkan terima kasih atas usaha dan komitmen bersungguh-sungguh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam memperkasakan saluran TV Pendidikan.
Baru-baru ini, KPM telah menambah slot program TV Pendidikan dalam program DidikTV@NTV7 khusus untuk calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020.
Exco Armada BERSATU Nasional (Pendidikan), Muhammad Zikri Zulkifli berkata, tambahan slot TV Pendidikan ini pasti akan lebih membantu calon-calon SPM yang bakal menduduki peperiksaan mulai 22 Februari depan.
“Kami dari Armada BERSATU berharap calon-calon SPM dapat mengambil manfaat dari inisiatif yang telah ditambah baik oleh KPM ini.
“Usaha ini jelas menunjukkan usaha KPM mahumelahirkan calon-calon yang cemerlang dalam bidangakademik,” katanya.