DUNGUN 31 Jan. – Penduduk yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di Kampung Baru dan Kuala Abang di sini, menerima bantuan barangan keperluan dapur.
Antara barangan keperluan dapur itu termasuk beras.
Selain terkesan akibat Covid-19, penerima juga adalah terdiri daripada mangsa yang menerima tempias dari kejadian banjir baru-baru ini.
Sumbangan itu diagihkan kepada penduduk oleh Ahli Jawatankuasa BERSATU Bahagian Dungun diketuai Mohamad Arif Arifin.
Program yang mendapat kerjasama BERSATU bahagian itu turut disokong Srikandi dan Armada Bahagian Dungun.
Mohamad Arif memberitahu, sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu penduduk yang terjejas dan memberi sedikit keceriaan kepada mereka semua.
‘:Kami doakan yang terbaik untuk dan bantuan adalah khidmat BERSATU kepada penduduk,” katanya.