300 jadi ahli Bersekutu Kulai kerana yakin kepemimpinan BERSATU

KULAI 8 Mac – Program menyantuni rakyat yang berjaya mewujudkan kemesraan dalam kalangan penduduk, selain sikap saling percaya-mempercayai merupakan antara faktor 300 orang kaum Cina menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Kulai di sini.

Kalangan kaum Cina itu menyertai BERSATU sebagai ahli Bersekutu.

Perkembangan itu menyaksikan usaha berterusan yang dilakukan oleh Ketua BERSATU Bahagian Kulai yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, Tosrin Jarvanthi, berhasil kerana sentiasa menyantuni serta memahami keperluan penduduk setempat.

 

Ketua Penerangan BERSATU Bahagian Kulai, Rosli Sukiran memberitahu, kaji selidik yang dilakukan mengapa kaum Cina menyertai BERSATU Bahagian Kulai juga mendapati mereka yakin dengan kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“BERSATU dan Perikatan Nasional bahagian ini sentiasa menyantuni penduduk setempat tanpa mengira kaum.

“Melalui langkah itu kita dapat merapatkan jurang perbezaan kaum serta mewujudkan suasana mesra serta saling percaya-mempercayai.

“Tambahan pula penduduk  yakin dengan kepemimpinan Muhyiddin yang berusaha menyelesaikan segala permasalahan rakyat dan bukan mengejar jawatan,” katanya.

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *