Kerajaan digesa kekalkan harga petrol, diesel dan elakkan kenaikan

KUALA KEDAH 24 Mac – Kerajaan digesa mempertimbangkan cadangan agar mengekalkan harga minyak petrol dan diesel bagi memastikan ia tidak naik untuk tempoh beberapa bulan akan datang.

 

Langkah itu memandangkan rakyat masih terkesan dengan pandemik Covid-19 selain masalah ekonomi yang belum selesai.

 

Sehubungan itu adalah wajar harga petrol dan diesel tidak naik untuk tempoh beberapa bulan sebelum ekonomi  rakyat pulih sepenuhnya.

 

Gesaan itu disuarakan oleh Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Kuala Kedah, Najmee Abd. Manaf.

 

Menurutnya, langkah itu wajar seperti juga inisiatif kerajaan yang memberikan moratorium  pada rakyat.

 

“Memang harga turun naik petrol dan diesel mengikut pasaran minyak dunia namun jika harga naik kerajaan digesa menampung kenaikan itu demi rakyat,.

 

“Kita faham beban yang terpaksa ditanggung kerajaan namun cadangan ini mungkin untuk beberapa bulan sahaja sehingga ekonomi rakyat pulih kembali,” katanya.

 

Beliau berharap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan tersebut sebagai satu lagi pakej rangsangan dan inisiatif untuk rakyat.

 

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *