90 KELUARGA TERIMA KURMA, KUIH RAYA – DUKE JANTENG

BINTULU 5 mei – Sebanyak 90 keluarga di Kampung Melayu Penan dan Kampung Melayu Yoh dekat sini menerima buah tangan sebagai persediaan untuk mereka menyambut Aidilfitri.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Bintulu menyerahkan buah kurma dan kuih raya kepada kesemua keluarga terbabit.

Ketua BERSATU Bahagian Bintulu, Duke Janteng memberitahu, penyerahan buah kurma dan kuih raya ini membolehkan penduduk membuat persiapan untuk menyambut 1 Syawal.

Jelasnya, kesemua keluarga terbabit tinggal di kawasan luar bandar dan kedudukan tempat tinggal penduduk yang jauh dari bandar juga agak sukar untuk mereka mendapatkan lebih banyak keperluan asas.

“Dengan pemberian buah kurma, terutamanya kuih raya, penduduk amat gembira kerana sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban mereka dalam membuat persiapan Aidilfitri.

“Rombongan BERSATU mengambil masa hampir dua jam untuk sampai ke dua buah kampung tersebut melalui jalan darat,” katanya.

Di samping itu, Duke berkata, dalam program itu juga, pihaknya menyerahkan bendera Perikatan Nasional (PN) atas permintaan penduduk sendiri.

“Penduduk di buah kampung ini sudah lama mahukan bendera PN kerana sokongan penuh serta kepercayaan mereka kepada PN.

“Penyerahan bendera PN ini bagi memenuhi permintaan penduduk di dua kampung berkenaan,” katanya.

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *