Saya lihat ini contoh seorang individu yang tak habis-habis dengan berpolitik.
Walaupun rakyat sedang susah, dia asyik nak berpilihan raya. Seolah-olah tak nampak masalah Covid-19 dan masalah ekonomi yang melanda negara pada masa ini.
Saya dengar cakap-cakap dalaman bahawa dia sedang menghadapi masalah perundangan sehingga terpaksa berusaha keras mengubah perhatian rakyat supaya tidak tertumpu kepada masalah dia.
Saya tak tahulah betul atau tidak cerita dalaman ini. Tapi kalau betul dia cuba ugut jatuhkan kerajaan kalau dia tidak ‘diselamatkan’, maka memang amat tidak wajarlah perlakuan itu.
Saya harap cerita ini salah.
Apa pun, yang jelas ialah dia terlalu ‘detached’ dari denyut nadi rakyat. Rakyat minta lain, tapi ‘kluster merungut’ ini tak habis lagi merungut mengenai pilihan raya.
Bagi saya, kerajaan PN perlu terus istiqamah membantu rakyat. Jangan peduli dengan individu yang mengugut atas kepentingan peribadi sebegini.
DATUK WAN SAIFUL WAN JAN
Ketua Penerangan BERSATU Malaysia