Jadikan isu Covid dan Palestin untuk kita membina penyatuan rakyat dengan menyokong langkah kerajaan

Pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh dunia masih belum berakhir. Penghasilan vaksin oleh para saintis dan diikuti pula kemunculan varian baharu Covid, menunukkan bahawa ‘perang melawan Covid’ belum berakhir.

Mungkin terfikir di benak ini bahawa negara-negara di dunia ini perlu terus ‘berperang’ melawan Covid dalam dekad-dekad seterusnya.

Pada masa sama, isu rakyat Palestin ditindas dan diserang juga berterusan, malah isu tersebut sudah tercetus puluhan tahun, namun keazaman rakyat Palestin untuk kembali dan bernaungan di bawah tanah air sendiri masih tetap utuh dan belum berakhir.

Sehubungan itu, antara Covid dan isu rakyat Palestin ini, mungkin ini perlu ambil iktibar dan pengajaran darinya dengan membuka sedikit minda kita sambil memikirkan logik, bernas, pengajaran, kesabaran dan sebagainya.

Antaranya ialah semangat tidak berputus asa, ambil pengajaran dari apa yang berlaku, fikirkan punca serta kelemahan dari dua isu ini, semangat perpaduan, setiakawan, penyatuan dan banyak lagi.

Bagi isu Covid ini, dunia baru-baru ini telah digemparkan dengan kemusnahan yang melibatkan kematian amat besar di India.
Namun di Malaysia, desakan politik sedikit sebanyak mempengaruhi rakyat hingga menyalahkan kerajaan yang ada sekarang kerana menguatkuasakan PKP.

Fikirkan sejenak, tanpa kita sedari desakan politik itu terutama yang berkaitan halangan rentas sempadan serta daerah termasuk pada sambutan dan keraian rakyat negara ini, menyebabkan ada pihak memarahi kerajaan.

Bagi kerajaan, langkah yang dibuat adalah untuk kepentingan dan keselamatan rakyat kerana tidak mahu apa yang berlaku di India akan tercetus pula di negara ini. Tapi ada segelintir rakyat yang tidak mahu terima. Fikirkan bahawa keadaan ini berlaku kerana ada desakan politik dan tindakan ‘batu api’ supaya rakyat menyalahkan kerajaan.

Fikirkan apa akan jadi jika Malaysia juga mengalami situasi yang sama seperti di India dengan banyak kematian dan mayat-mayat bergelimpangan di jalan-jalan raya tanpa dapat diuruskan oleh barisan hadapan…fikirkan! Adakah itu yang dikehendaki?

Juga fikirkan semula, jika PKP tidak dilaksanakan dan menyebabkan banyak kematian maka ketika itulah desakan politik tadi sekali lagi menyalahkan kerana kerana tidak menguatkuasakan PKP. Inilah yang dipanggil ‘lempar batu sembunyi tangan’ (desakan politik).

Pada masa sama, rakyat yang menyokong PKP dan meluat dengan desakan politik selama ini, akan bersuara pula dan menyalahkan kerajaan kerana melayani desakan politik tersebut serta golongan yang mahu bebas merentas sempadan tanpa menghiraukan pandemik Covid.

Fikirkan juga, dalam perkara isu rentas sempadan dan daerah ini, kerajaan mempunyai cara, budi bicara dan sentiasa bertolak ansur jika keperluan tersebut menjadi keutamaan.

Kerajaan dan pihak berkuasa hanya mahu memastikan bahawa kebenaran rentas sempadan dan daerah itu diberikan kepada mereka yang benar-benar layak.

Ingatlah bahawa kerajaan mempunyai cara dan mekanisme tersendiri untuk menyelesaikan isu rakyat termasuk yang hilang pekerjaan, pendapatan dan sebagainya. Yang penting rakyat harus yakin dan bersatu di bawah kerajaan sekarang.

Berbalik kepada isu Palestin tadi, setelah berpuluh tahun hingga kini masih belum selesai, banyak faktor mengapa ia berterusan.

Antara faktor penting ialah tiada penyatuan (bersatu) dan sokongan iklas serta padu.

Rakyat Palestin dan negara-negara di dunia ini tanpa mengira kaum dan agama mahupun kedudukan perlulah bersatu padu ke arah keamanan sejagat.

Yakinlah, jika ada penyatuan, bersepadu dan sokongan semua pihak termasuk negara-negara yang menjadi jiran kepada Palestin, pasti isu rakyat Palestin sudah lama selesai. Penyatuan dan kesepaduan itu termasuklah kekuatan ekonomi.

Apa yang berlaku di Palestin itu tanpa penyatuan dan kesepaduan adalah disebabkan terdapat ‘desakan untuk menguasai politik dan kekuasataan’.

Begitu juga di Malaysia ini, jika sikap melibatkan desakan politik dan rakyat masih belum sedar agenda berkenaan, maka kita juga akan terjerumus seperti juga yang berlaku di Palestin.

Akhir kata, rakyat harus sedar, jangan tertipu dengan desakan politik. Teruskan bersikap ‘meluat’ dengan mana-mana parti politik atau orang perseorangan yang membawa agenda ‘desakan politik’ ini.

Ingatlah bahawa ‘peperangan’kita menentang Covid belum berakhir dan terimalah bahawa ‘peperangan’ itu akan mengambil masa berdekad-dekad.

 

DATUK HISHAMUDDIN ABDUL KARIM

Setiausaha Biro Penerangan BERSATU Malaysia

merangkap Ketua Penerangan BERSATU Negeri Melaka dan Ketua Bahagian BERSATU Kota Melaka.

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *