Penyatuan asas bagi kestabilan semula negara

Saya menyambut baik kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato Seri Ismail Sabri mewakili ahli-ahli parlimen UMNO / BN baru-baru.

Sokongan yang diberikan kepada Pelan Pemulihan Negara dan kepada usaha-usaha kerajaan adalah satu perkara yang baik. Ia membuka ruang untuk kerajaan meneruskan tumpuan kepada usaha menjaga nasib rakyat dan membina ekonomi negara.

Sekarang bukan masanya untuk bertelagah. Rakyat sudah muak dengan orang politik yang memikirkan diri sendiri tatkala rakyat merayu dibantu. Rakyat sedang susah.

Kita perlu kesatuan dan kestabilan untuk membolehkan segala perancangan kerajaan dilaksanakan dengan teratur dan teliti. Tumpuan kita jangan terpesong di waktu yang penting ini.

Kita melihat betapa kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin berusaha keras memberikan pelbagai bentuk bantuan dan pertolonga kepada semua lapisan rakyat. Usaha-usaha inilah yang patut diteruskan dan mesti disokong. Kita mesti penuhi keperluan rakyat dan hentikan perdebatan politik yang tidak membawa faedah kepada rakyat.

 

WAN SAIFUL WAN JAN

KETUA PENERANGAN BERSATU MALAYSIA

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *