Parlimen hibrid langkah terbaik selesaikan isu rakyat 

KUALA LUMPUR 28 Jun – Parlimen hibrid adalah satu idea bernas dan sesuai dengan perkembangan sosioekonomi, politik dan teknologi.

 

Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan  Universiti Sabah, Prof. Madya Dr. Mohd. Noor Yazid memberitahu, kesesuaian itu berdasarkan kepada situasi dan keadaan semasa yang sedang berlaku dalam negara sekarang.

 

Prof Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid, Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan  Universiti Sabah

Ini kerana jelas beliau, Ahli-ahli Parlimen mesti memainkan peranan dalam menyelesaikan isu dan persoalan yang sedang dialami negara bagi memastikan pandemik Covid-19 dapat diatasi dan dalam keadaan keselamatan mereka sendiri terjaga.

 

Menurutnya, Parlimen hibrid, iaitu sebahagian hadir secara fizikal dan sebahagian secara maya, wajar diamalkan dalam suasana sekarang.

 

“Ia boleh dilakukan selagi tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan oleh undang-undang dan perlembagaan negara.

 

“Apa yang penting adalah Parlimen berjalan dan isu serta permasalahan negara dapat diselesaikan dengan baik.

 

“Parlimen hibrid dilihat sesuai  dengan pandemik Covid-19 yang masih lagi berada pada tahap  membimbangkan.

 

“Kes baharu Covid-19 masih tinggi iaitu berada pada sekitar 5,000 kes  setiap hari. Walaupun ia menurun kurang daripada 5,000 tetapi penurunan secara berterusan belum berlaku dan tidak meyakinkan bahawa kes akan turun secara drastik,” katanya.

 

Sehubungan itu kata beliau, kerajaan masih memerlukan beberapa tempoh masa bagi memastikan kes menurun dengan konsisten.

 

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *