Segerakan pelaksanaan PEMULIH demi tangani masalah rakyat

KUALA LUMPUR 29 Jun – Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang memperlihatkan keprihatinan kerajaan dalam membantu rakyat disyorkan agar dipercepatkan pelaksanaannya.

 

Presiden Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR) merangkap Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Prof. Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor berkata, ini kerana antara permasalahan serius yang sedang dihadapi rakyat ialah simpton kelesuan mental.

 

Jelasnya, permasalahan tersebut memerlukan tindakan segera dan kerajaan boleh memikirkan agar pelaksanaan sesetengah pakej dalam PEMULIH itu disegerakan.

 

“Pakej ini membuktikan kerajaan amat prihatin dengan masalah dihadapi rakyat yang terkesan dengan PKP akibat pandemik Covid-19.

 

“Saya berpandangan antara permasalahan serius ialah simpton kelesuan mental dan ini memerlukan kerajaan bertindak cepat bagi mengatasi isu tersebut,” katanya.

 

Di samping itu kata beliau, turut menyakinkan rakyat apabila pakej PEMULIH juga melibatkan keluaran KWSP, bantuan untuk rakyat pelbagai golongan termasuk sektor industri yang terjejas.

 

“Pakej PEMULIH sesuatu yang dinanti-nanti oleh rakyat serta sektor-sektor ekonomi yang terjejas,” katanya.

 

Dalam pada itu kata beliau, pemberian vaksin dalam jumlah yang banyak juga memang dinanti-nantikan oleh rakyat yang mahu ia juga dipercepatkan lagi.

 

“Peruntukan PEMULIH juga bagi mengekang dan mencegah varian-varian baharu Covid-19.

 

“PEMULIH yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu memperlihatkan kerajaan menyediakan pakej tersebut sebagai tindakan pencegahan awal bagi menghadapi apa jua varian baharu Covid-19.

 

“Dengan kata lain kerajaan telah membuat persediaan rapi dan awal bagi menyelamatkan nyawa rakyat,” katanya.

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *