Muhyiddin pengerusikan sidang khas MKN dari hospital

KUALA LUMPUR 5 Julai – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai Covid-19 dan isu-isu semasa negara dari hospital.

 

Sidang video itu dihadiri anggota-anggota Kabinet dan MKN yang berkisar mengenai perkembangan semasa melibatkan Covid-19, vaksin, serta pelaksanaan PKPD di beberapa kawasan termasuk Selangor dan Wilayah Persekutuan.

 

Sidang khas lebih satu jam itu turut menyentuh beberapa perkara yang melibatkan fasa pemulihan dalam pelaksanaan PKP.

 

 

 

 

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *