Jangan terpengaruh agenda politik peribadi, ia hanya rosakkan keharmonian negara

IPOH 11 Julai – Pengumuman Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa MT UMNO menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin jelas menunjukkan bahawa beliau tidak pernah menghargai usaha menteri dan timbalan menteri dari UMNO yang sedang bersama-sama kerajaan mengembleng tenaga dalam menyelesaikan isu rakyat terutama Covid-19.

 

Setiausaha Penerangan BERSATU Negeri Perak, Dato’ Dr. Zulkifli Abdul Aziz berkata, Ahmad Zahid juga jelas tidak menghiraukan masalah rakyat tetapi sebaliknya sibuk dengan agenda politik peribadi.

 

Sehubungan itu, kata beliau, kalangan ahli politik dan rakyat janganlah sekali-kali terikut-ikut dengan beberapa individu yang sedang berusaha merosakkan kehormonian yang sedia ada demi kepentingan diri sendiri.

 

“Kita semua harus menilai dengan hati yang ikhlas dan kita juga dapat melihat segala perit yang dihadapi oleh kepemimpinan negara demi menyelesaikan segala isu rakyat.

 

“Oleh itu, kita jangan mudah terpengaruh dengan keadaan yang mengeruhkan lagi situasi ini tetepi ada baik kita fokus membantu rakyat demi keselamatan mereka.

 

“Kerana itu kerajaan kita sentiasa fokus membantu dan menyelesaikan segala masalah rakyat. Sepatutnya orang-orang yang cuba mengeruhkan keadaan perlu bersama-sama membantu menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

 

 

Di samping itu, katanya, beliau sendiri tidak faham di mana kegagalan kerajaan yang berterusan berusaha membantu rakyat dari segi ekonomi, kesihatan dan banyak lagi.

 

“Segala usaha kerajaan jelas menampakkan hasil positif seperti vaksinasi yang meningkat dari semasa ke semasa. Begitu juga pakej rangsangan ekonomi yang meliputi semua sektor. Semua ini kea rah pemulihan.

 

“Namun apa yang dikesalkan ialah tindakan segelintir ahli politik yang sengaja mencetuskan ketidakharmonian demi kepentingan politik peribadi.

 

“ Saya merasakan ada indvidu yang mempunyai agenda tersendiri sehinga menggugatkan kestabilan politik negara,” katanya.

 

Beliau seterusnya meminta rakyat memikirkan sejenak bahawa situasi yang berlaku melibatkan ekonomi dan kesihatan kini bukan sahaja melanda negara ini, malah seluruh dunia.

 

“Seluruh dunia menghadapi masalah yang sama, namun kerajaan kita tetap fokus untuk menangani masalah rakyat walaupun dihimpit dan dituduh oleh pihak-pihak yang hanya mementingkan politik peribadi,” katanya.

 

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *