PN Kemaman bantu 30 usahawan tempatan terjejas akibat Covid-19  

CHUKAI 14 Julai – Pandemik Covid-19 turut memberi kesan ekonomi kepada golongan usahawan yang bukan sahaja hilang sumber pendapatan, malah ada kalangan mereka tidak lagi mampu membayar gaji atau elaun para petugas syarikat.

 

Menyedari masalah yang dihadapi para usahawan berkenaan, Perikatan Nasional (PN) Kemaman mengambil inisiatif untuk membantu golongan tersebut walaupun dalam kadar yang minimum.

 

Pengerak kepada bantuan itu melibatkan usaha sama Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Kemaman, Zawawi Ahmad, Naib Ketua Bahagian, Noorhisham Mohamad dan juga ADUN Chukai, Hanafiah Mat.

 

Ketua Penerangan BERSATU Kemaman, Mohd. Noor Mat. Ail berkata,

sumbangan itu disampaikan kepada 30 orang ahli Persatuan Usahawan Progresif Negeri Terengganu bagi DUN Cukai yang terjejas pendapatan mereka.

 

“BERSATU Bahagian Kemaman dengan kerjasama Pas DUN Chukai menyampaikan sumbangan wang tunai untuk menampung pembelanjaan harian usahawan terbabit yang hilang punca pendapatan.

 

“Sebelum ini,kita sudahpun mengagihkan barangan asas seperti beras dan lain-lain kepada mereka,” katanya.

 

Jelasnya, BERSATU Bahagian bersama PN Kemaman kini dalam usaha meningkatkan lagi penyerahan bantuan yang turut disertai Srikandi dan Armada Bahagian.

 

“Pemberian bantuan ini tidak akan terhenti selagi ada kalangan rakyat yang memerlukan,” katanya.

 

 

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *