3,000 bakul makanan PEMULIH diagih kepada penduduk Tasek Gelugor

TASEK GELUGOR, 18 Julai — Sebanyak 3,000 bakul makanan berjaya disampaikan kepada golongan terkesan akibat wabak pandemik COVID-19 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) di Parlimen Tasek Gelugor.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya berkata keseluruhan bakul makanan tersebut bernilai RM300,000 dan diagihkan kepada rakyat pelbagai bangsa.

Shabudin yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, menyeru orang ramai yang berhadapan dengan masalah kewangan dan tidak mempunyai bekalan makanan supaya hadir ke pejabat wakil rakyat atau menghubungi wakil rakyat yang berhampiran.

“Hari ini kita menyampaikan 3,000 bakul makanan PEMULIH kepada penduduk di sini.

“Kepada mereka yang tidak tersenarai tetapi memerlukan bantuan, saya mohon supaya hubungi dan hadirlah ke pejabat wakil rakyat anda kerana kami tidak akan membiarkan anda kelaparan,” katanya.

Author: editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *