Langsung tak beradab – Razali

KUALA LUMPUR, 26 Julai — Tindakan ahli-ahli Parlimen pembangkang yang tidak mempedulikan permintaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya membaca Al-Fatihah dan bertafakur sejenak untuk mereka yang meninggal dunia akibat COVID-19, dilihat sebagai tidak beradap.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Senator Datuk Razali Idris berkata situasi itu menunjukkan sikap mereka tidak ada hormat di dalam sidang khas Dewan Rakyat.

“Langsung tidak hormat bacaan ummul kitab Al Fatihah.

“Inilah DAP dan rakan sekutu dengannya langsung tidak beradab,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Terdahulu, ketika Muhyiddin ingin memulakan ucapannya, ahli Parlimen pembangkang tidak menghiraukan permintaannya sebalik terus bangun meminta Peraturan Mesyuarat.

Malah Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun turut mengulangi permintaan Perdana Menteri itu supaya semua bertafakur dan membaca Al Fatihah.

Namun, kem pembangkang tetap dengan gaya mereka membuat bising meminta ‘point of order’.

Author: editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *