KUALA LUMPUR, 7 Sept — Pengumuman pelantikan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf Menteri mendapat reaksi positif daripada rakyat.
Rata-ratanya meluahkan perasaan rindu dan bersyukur atas pelantikan Pengerusi MPN itu yang dianggap sebagai seorang ‘Abah’ dalam membela nasib rakyat sewaktu pandemik COVID-19 melanda negara.
Meninjau ke ruangan komen di hantaran terbaharu laman Facebook rasmi milik bekas perdana menteri, rata-rata orang ramai menyambut baik kehadiran semula Muhyiddin dalam usaha membantu negara keluar daripada belenggu COVID-19.
“Rindu abah, semoga abah sihat dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Terbaik abah turun padang,” kata seorang pengguna laman sosial Facebook yang dikenali sebagai Nuraini.
“Abah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, seorang yangg humble. Semoga suatu hari abah kembali menjadi pemimpin nombor 1,” kata seorang lagi pengguna laman sosial tersebut yang dikenali sebagai Fazli.
“Alhamdulillah. Pelantikan Abah sebagai Pengerusi MPN diharapkan dapat meneruskan kembali usaha Abah sebelum ini untuk memulihkan semula ekonomi dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Semoga urusan Abah dipermudahkan untuk membantu negara ini keluar daripada krisis pandemik. Kami perlukan khidmat Abah lagi. Insyaallah,” kata Mohd Shafiq di ruangan komen.
Ada juga diantara netizen yang berharap Pengerusi MPN itu untuk kembali menerajui tampuk kepimpinan negara pada masa akan datang kerana menganggap beliau sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.
“Setakat ni Tan Sri yang terbaik dibandingkan dengan yang lain. Prihatin pada rakyat, sentiasa memikirkan sama ada rakyat ada makanan atau tidak di atas meja. Pemimpin yang berlapang dada. Semoga Tan Sri sentiasa dilindungi Allah dan sihat selalu,” kata Mkhalid.
“Sememangnya Tan Sri Muhyiddin Yassin layak menjadi Perdana Menteri ke-10 dengan sifat beliau yg berjiwa rakyat. Pergi mana-mana tiada berduyun-duyun konvoi mengiringi. Baik semasa menjadi PM ke 8 mahu pun sekarang. Kami mahu Abah menjadi PM kami,” kata Liza Abdul.