KUALA LUMPUR, 2 Okt — Kerajaan sedia untuk mendengar aspirasi dan pandangan belia untuk digunapakai dan diterjemahkan dalam Bajet 2022.
Ketua Armada BERSATU yang juga Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata buah fikiran dari golongan belia akan diberikan perhatian demi manfaat seluruh Keluarga Malaysia.
“Kita sedia mendengar aspirasi dan pandangan belia serta benar-benar memaknakan ‘a whole society approach’ dalam menyumbang buah fikiran bagi bajet tahun hadapan untuk seluruh Keluarga Malaysia.
“Saya harap agenda ini dapat ketengahkan ‘Suara Belia, Suara Keramat’ dengan maklum balas selaras dalam rangka Keluarga Malaysia dan nilai-nilai Inklusif, Mampan dan Makmur seperti yang digunapakai dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12),” katanya kenyataan hari ini.
Sementara itu, Wan Ahmad Fayhsal hari ini sempat untuk mengadakan perjumpaan bersama pemimpin dari kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) Belia India bagi membincangkan agenda pemerkasaan golongan belia.