SOP PRN Melaka: Cadang kempen dalam talian, media elektronik

KUALA LUMPUR, 25 Okt — Semua pihak yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka harus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM), kata Naib Presiden BERSATU Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan itu berkata keputusan tersebut (SOP semasa PRN) akan menganggu perjalanan kempen parti, namun pihaknya akan membuat penyesuaian.

“Kita perlu akur kepada SOP yang telah ditetapkan. Sejak dua tahun yang lalu kita selalu patuh dan mengikuti apa juga SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM.

“Tiada beza ketika berhadapan pilihan raya, semua pihak harus patuh pada SOP yang dikeluarkan,” katanya selepas Majlis Perlancaran Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, di sini hari ini.

Semalam, KKM mengeluarkan larangan bagi penganjuran sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan dengan pilihan raya di Melaka dari 25 Okt hingga 27 Nov, kerana mengambil kira situasi penularan kes Covid-19 ketika ini.

Author: editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *