JOHOR BAHRU, 22 Dis – Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian meninggal dunia di ibu negara pada pukul 11.45 malam tadi.
Osman, 70, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediaman anaknya di Damansara.
Bekas Menteri Besar ke-16 itu sebelum ini menerima serangan angin ahmar pada pertengahan Oktober lalu ketika berada di kediamannya.
Pada awal November lalu, keadaan Ketua Bahagian BERSATU Ayer Hitam itu dilaporkan stabil, namun masih belum pulih sepenuhnya.
Difahamkan, jenazah akan dibawa pulang ke Johor untuk urusan pengebumian.