30 peratus peruntukan MAFI diguna bantu petani, penternak terjejas banjir

JELEBU, 30 Dis – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menggunakan sebanyak 30 peratus atau RM100 juta daripada RM4.82 bilion yang diterima kementerian itu menerusi Belanjawan 2022 bagi membantu petani, penternak dan pengusaha agromakanan yang terjejas banjir.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, peruntukan tersebut menerusi dana bangkit semula telah diasingkan melalui pelbagai program bagi membantu mereka yang terjejas.

“Jumlah yang diasingkan menerusi pelbagai program seperti program usahawan muda ini adalah sebanyak RM100 juta. MAFI juga telah meminta pihak Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) membantu peladang-peladang yang terkesan,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Projek Perikanan dan Veterinar yang terkesan dengan banjir di Kampung Chennah dan Kampung Esok, hari ini.

Sementara itu, menurut Ronald, setakat ini, jumlah kerugian dan kerosakan melibatkan bidang pertanian dan penternakan di seluruh negara akibat bencana banjir adalah sebanyak RM63 juta.

Author: editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *