KUALA LUMPUR 5 Mac – Keceriaan murid-murid yang tinggal di Flat KTM Bangsar Utama dan Perumahan Awam Sri Pahang jelas terbayang apabila sebahagian besar mereka mendapat beg sekolah sumbangan Perbadangan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Beg-beg itu diserahkan oleh Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Lembah Pantai, Ir. Zainal Ariffin Osman dalam program Perikatan Nasional (PN) yang turut dihadiri pemimpin Pas Lembah Pantai.
“BERSATU dan Pas menjayakan program secara bersama dan kita menyantuni penduduk dari semasa ke semasa.
“Kita dapati program bersama di bawah PN ini mendekatkan lagi wakil BERSATU dan Pas dengan masyarakat tempatan.
“Maklum balas penduduk pun kita dapati lebih positif apabila masyarakat mudah menerima kehadiran BERSATU dan Pas,” katanya.
Zainal berkata, PN akan meneruskan beberapa lagi siri program bersama bagi menyantuni penduduk kerana langkah itu dapat memahami masalah masyarakat.
fggfgf
testsetsetset