PEMBANGKANG GAGAL BURUKKAN KERAJAAN PRIHATIN YANG CEKAP MENTADBIR NEGARA DAN AMANAH MENGURUS DANA*

Kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin kini terbukti amat disenangi rakyat dan diyakini pelabur asing. Kajian Merdeka Center minggu lalu menunjukkan Kerajaan PN mendapat approval rating 67% positif dikalangan pengundi Semenanjung, dan peratusan ini melonjak ke 83% dikalangan pengundi Melayu.

DNA Kerajaan PN sememangnya berpaksikan kebajikan rakyat dan integriti, dan bukan sebagai lubuk duit dan kuasa ahli-ahli politik, isteri dan anak-anak mereka seperti sesetengah parti lain. Komitmen inilah yang disaksikan dan disokong oleh rakyat.

Merdeka Center juga mendapati, lebih 70% pengundi yakin dengan cara Kerajaan PN menangani wabak COVID-19 dan kesan ekonomi yang melanda negara. Sejak pandemik ini bermula, Kerajaan PN bertindak pantas dan cekap bagi memastikan wabak ini tidak bertukar menjadi tragedi seperti yang berlaku di beberapa negara lain.

Kerajaan mengambil langkah-langkah berani yang memang diketahui tidak popular seperti PKP dan darurat, demi menjaga rakyat. Kecekapan ini juga jelas disaksikan oleh rakyat.

Seperti yang pernah disebut oleh Tan Sri Muhyiddin, kerajaan ini mungkin tidak ‘perfect’. Mungkin ada kekurangan yang berlaku. Namun, pemimpin PN sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan dan terus menjalankan amanah mereka walau dihentam pengkritik dan penabur fitnah.

“Kluster merungut” akan terus merungut sebab itu memang hobi mereka, tetapi rakyat boleh lihat kesungguhan kerajaan PN bekerja.

Setiap dari kita, baik individu maupun organisasi, wajar terus memberikan sokongan kepada usaha Kerajaan untuk membawa kita semua keluar dari kancah COVID-19 dan kemelut ekonomi kini.

Akan tiba masanya untuk bermain politik dan menyusun atur strategi pilihanraya – tetapi sekarang kita perlu fokus kepada menjaga kesihatan dan kebajikan rakyat. Jangan biarkan sentimen pembangkang mempengaruhi fikiran kita.

 

ENCIK MOHD TAUFIK YAACOB,
AHLI MAJLIS PIMPINAN TERTINGGI BERSATU MALAYSIA

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *