JOHOR BAHRU 28 Jun – Setiausaha Perikatan Nasional Negeri Johor, Dato’ Dr. Sahruddin Jamal berkata, pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) membuktikan kerajaan sentiasa mendengar dan prihatin terhadap cabaran dihadapi rakyat di lapangan.
Menurutnya, PN Johor merakamkan penghargaann serta terima kepada kerajaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas keprihatinan beliau terhadap nasib serta keperluan rakyat.
“Pakej yang antara lain pengeluaran i-Citra, diskaun bil elektrik, moratorium dan banyak lagi semuanya dapat meredakan keresahan rakyat.
“PEMULIH sebagai bukti kerajaan prihatin dengan nasib rakyat,” katanya.
Beliau berkata, menjadi harapan kerajaan agar rakyat tanpa mengira latar belakang serta fahaman politik dapat memanfaat pakej PEMULIH ini.
“PN Johor yakin PEMULIH dapat memberi banyak manfaat kepada rakyat dan ekonomi negara.
“Rakyat perlu bersama-sama kerajaan dalam mendepani pandemik Covid-19 ini,” katanya.