Pelantikan Ismail Sabri bukti kerajaan beri kepercayaan kepada UMNO

Oleh Emir Shah

KUALA LUMPUR  – Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan sahaja dapat membantu tugas-tugas pentadbiran yang dijalankan oleh Perdana Menteri, malah dilihat memperkukuhkan lagi kerajaan Perikatan Nasional.

 

Setiausaha Biro Penerangan BERSATU Malaysia, Datuk Hishamuddin Abdul Karim berkata, pelantikan itu juga membuktikan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi sepenuh kepercayaan kepada UMNO untuk terus berada dalam kerajaan.

 

Jelasnya, kepercayaan oleh Perdana Menteri yang merupakan Presiden BERSATU itu juga sebagai pemangkin berterusan memantapkan kepemimpinan kerajaan sedia ada.

 

Di samping iitu, pengumuman pelantikan Ismail Sabri itu juga memperlihatkan bahawa Muhyiddin mengutamakan penyatuan komponen dalam PN supaya fokus kepda kerjasama dan persefahaman dalam menangani segala isu rakyat.

 

“Perdana Menteri memberi kepercayaan penuh kepada Ismail Sabri dari parti UMNO.

 

“Ini membuktikan perkongsian kuasa dalam kerajaan PN dengan harapan semua parti dapat bekerjasama dan fokus kepada membantu rakyat.

 

“Jelas sekali bahawa Muhyiddin bukan pentingkan kuasa atau diri sendiri,” katanya.

 

Di samping itu kata Hishamuddin, selain pelantikan Ismail Sabri, Perdana Menteri turut memberi kepercayaan kepada Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan.

 

“Dua jawatan penting yang dipikul oleh Ismail Sabri dan Hishammuddin ini menjadi bukti sebagai kepercayaan besar oleh Muhyiddin kepada dua pemimpin berkenaan dan juga parti UMNO,” katanya.

 

 

 

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *