Muhyiddin harap rakyat terus kuat berjuang perangi COVID-19

KUALA LUMPUR, 19 Okt — Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap rakyat negara ini terus diberikan kekuatan untuk berjuang memerangi COVID-19.

Sempena sambutan Maulidur Rasul hari ini, bekas Perdana Menteri juga berharap umat Islam dapat meneladani amalan Rasulullah SAW dan menginsafi perjuangan serta pengorbanan baginda dalam menegakkan syiar Islam.

“Tanamkan dalam diri setiap daripada kita, rasa cinta dan kasih kepada Rasulullah. Marilah jadikan selawat kepada Nabi Muhammad SAW sebagai amalan haran kita.

“Mudah-mudahan kita terlindung daripada segala keburukan di dunia termasuk daripada wabak COVID-19 dan diberikan syafaat oleh Rasulullah di akhirat kelak.

“Semoga kita terus diberikan kekuatan untuk berjuang memerangi COVID-19. Mudah-mudahan segala amal ibadah kita diterima Allah,” katanya melalui hantara video yang dimuat naik di Facebooknya, hari ini.

Author: editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *