KUALA LUMPUR (12 Jan): Pengisytiharan darurat oleh Agong pada awal pagi ini tidak memerlukan pemerintahan ketenteraan dan kerajaan awam masih mentadbir, menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam ucapan yang disiarkan secara nasional pagi ini, Muhyiddin memberi jaminan bahawa tidak akan ada perintah berkurung di bawah keadaan darurat.
Muhyiddin menjelaskan bahawa dalam keadaan darurat:
-Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tidak akan bersidang
-Tiada pilihan raya umum dan pilihan raya kecil akan diadakan
-Sebuah majlis penasihat bebas akan ditubuhkan untuk memberi nasihat kepada Agong
-Badan kehakiman akan terus beroperasi
-Malaysia masih terbuka untuk perniagaan.