DUNGUN 21 Jan.- Keprihatinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Dungun terbukti apabila sebanyak 800 ekor ayam diagihkan percuma kepada masyarakat setempat mengikut DUNĀ secara berperingkat-peringkat.
Ketua BERSATU Bahagian Dungun, Dato’ Abd. Aziz Ismail memberitahu, yang terbaharu sebanyak 100 ekor ayam diagihkan kepada penduduk di DUN Sura pada minggu lalu
Jelasnya, program agihan ayam itu memang dinantikan oleh penduduk kerana secara langsung dapat mengurangkan beban keluarga.
“Dalam keadaan negara sedang melawan Covid-19 dan berhadapan masalah ekonomi termasuk hilang pendapatan ketika musim tengkujuh, langkah BERSATU Dungun ini amat dihargai penduduk.
“Penduduk merasakan dalam kesusahan yang dilalui sekarang, BERSATU sentiasa ada untuk membantu rakyat dan mereka sangat berterima kasih kepada pimpinan BERSATU iaitu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.
Menurutnya, program agihan ayam itu berjaya menceriakan masyarakat setempat yang melihat BERSATU merupakan sebuah parti yang sentiasa membela nasib rakyat.