Sempadan Darat Dan Maritim Sabah Diperketat Bagi Menghalang Pencerobohan Pati Positif Covid-19

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius akan peningkatan bilangan kes COVID-19 yang tinggi dan membimbangkan di negeri Sabah.

Oleh yang demikian, agensi-agensi di bawah KDN iaitu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah diarah memperketatkan lagi kawalan sempadan darat dan laut negeri Sabah daripada pencerobohan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Saya turut mengarahkan bilangan anggota dan operasi yang terlibat dalam Op Benteng ditambah sebagai langkah memastikan pencerobohan PATI yang berkemungkinan membawa virus COVID-19 dan penyebarannya dalam kalangan rakyat tempatan dapat dikekang.

KDN akan terus memantau perkembangan terkini di semua lokasi-lokasi panas (hot-spot) yang merupakan titik pendaratan atau lorong-lorong tikus digunakan oleh PATI untuk menceroboh masuk ke dalam negara.

DATO’ SERI HAMZAH BIN ZAINUDIN
MENTERI

Kementerian Dalam Negeri
2 Oktober, 2020

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *