Tiong ikrar sokong Muhyiddin

KUCHING, 5 Okt  — Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing hari ini berikrar menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  sekali gus mengakhiri spekulasi yang mengaitkan namanya dengan senarai Ahli Parlimen yang didakwa menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi kenyataan yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp, Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata tindakan Anwar baru-baru ini yang mendakwa memiliki sokongan majoriti untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara adalah satu lagi contoh drama terdesak pemimpin pembangkang itu untuk merampas kuasa dan mengelirukan rakyat.

“Saya sama sekali menolak dakwaan itu (spekulasi bahawa beliau menyokong Anwar) dan menyifatkannya sebagai berita palsu dan khabar angin semata-mata. Malah kebanyakan maklumat berkaitan yang disiarkan dalam kesemua portal terbabit adalah kabur dan bersifat spekulasi. Tanpa sebarang kepastian, saya menggesa rakyat agar tidak mempercayai khabar angin mengarut serta tidak berasas ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *