Kenyataan Media Timbalan Presiden Bersatu, YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu

1. Saya senantiasa mengikuti perkembangan negeri-negeri yang sedang terkesan banjir di dalam negara kita. Begitu sayu melihatkan ramai saudara-sudara kita yang terkesan dengan banjir ini yang terpaksa berpindah sementara, mengalami kerosakan harta benda, kekurangan makanan dan bertungkus-lumus menyelamatkan diri serta barangan mereka.

2. Saya dengan rasa insaf ingin mengumumkan bahawa satu ‘Task Force’ sukarelawan bantuan banjir akan segera digerakkan dengan serta merta. ‘Task Force’ bantuan banjir ini akan digerakkan dari seluruh pelusuk tanah air. Kehadiran mereka kelak akan menjadi jambatan penghubung bantuan dan meringankan beban saudara-saudara kita yang sedang dilanda musibah banjir.

3. Saya menjangkakan seramai 1,650 orang sukarelawan  ‘Task Force’  sukarelawan bantuan banjir akan terlibat dalam misi ini. Sukarelawan ‘Task Force’ bantuan banjir dikumpulkan dari negeri-negeri dan kawasan-kawasan yang tidak terjejas dengan musibah banjir. Saya yakin, jika kita semua ikhlas di dalam menghulurkan bantuan ini, ianya sedikit sebanyak akan dapat memberikan sedikit kelegaan dan mengubat kedukaan yang sedang dihadapi oleh saudara-saudara kita ini.

4. Pada masa yang sama ‘Task Force’ bantuan banjir ini akan menjalankan kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan setempat dan agensi pengurusan bencana banjir setempat serta pemimpin tempatan supaya segala skop bantuan yang dihulurkan ini tidak bertindan dan boleh di koordinasi dengan baik dan berkesan.

5. Justeru, saya menyeru semua peringkat kepimpinan BERSATU, berusaha sedaya upaya dan memberikan perhatian sepenuhnya di dalam memberikan bantuan yang sepatutnya kepada semua saudara-saudara kita yang kini sedang dilanda musibah banjir.

YB DATO’ SERI AHMAD FAIZAL BIN AZUMU
TIMBALAN PRESIDEN
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (BERSATU)

04 JANUARI 2021

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *