BERSATU, Pas Ampang perkukuh kerjasama

AMPANG, 6 Jan – Satu perjumpaan bertujuan memperkukuhkan silaturahim dalam kalangan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Pas Ampang diadakan di sini, semalam.

Perjumpaan lebih dua jam yang berlangsung di Pejabat BERSATU Bahagian Ampang itu turut dihadiri beberapa pegawai dan ahli jawatankuasa BERSATU dan PAS bahagian itu.

Ketua BERSATUu Ampang, Isa Saidi berkata: “Objektif perjumpaan ini adalah bagi menjalinkan hubungan mesra, meningkatkan persefahaman serta memperkasakan kerjasama antara dua parti ini dalam memberi khidmat kepada masyarakat setempat.”

Beliau berkata, setiap program seperti ini yang diadakan pada masa hadapan akan dilakukan bersama di bawah nama Perikatan Nasional (PN)

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *