Produk segar dan berpatutan di kedai Mesra Petronas

Menteri Pertanian dan Asas Tani YB Dr Ronald Kiandee bersama
YB Menteri KPDNHEP Datuk Seri Alexander Nanta Linggi telah melancarkan program Segar@Mesra di Stesen Petronas Prima Saujana Kajang Selangor.
Inisiatif KPDNHEP bersama MAFI dan Petronas itu adalah untuk membekalkan pelbagai produk segar di kedai Mesra Petronas.
MAFI berbesar hati untuk terlibat secara langsung dalam inisiatif ini kerana melihat program ini mampu memberi faedah kepada golongan petani, penternak dan nelayan.
Melalui program ini, hasil pertanian, ternakan dan perikanan dapat dipasarkan terus kepada pengguna, sekaligus memendekkan rantaian bekalan dan membuka ruang pasaran baru kepada produk – produk hasil pertanian.
Tiga agensi di bawah MAFI telah terlibat dalam pembekalan produk – produk segar melibatkan 46 Stock Keeping Unit (SKU) iaitu FAMA bagi pembekalan sayur – sayuran dan buah – buahan, NAFAS bagi pembekalan produk ayam premium dan NEKMAT bagi pembekalan produk ikan Q-Fish.
Produk–produk yang ditawarkan juga dijual pada harga mampu milik iaitu serendah RM10 bagi produk ayam dan ikan manakala RM4 bagi produk sayuran.
Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *