Srikandi JB terus bantu mangsa banjir Johor

10 Januari : Srikandi Bersatu Bahagian Johor Bahru terus menyumbang bakti sukarelawan kepada mangsa-mangsa banjir di Johor.

Walaupun penurunan air banjir berlaku, namun kerosakan yang ditinggalkan oleh bencana itu menyebabkan kesukaran kepada penduduk untuk memulakan kehidupan mereka semula.

Atas kesedaran itu, Srikandi Johor Bahru memilih untuk bersama-sama pasukan mereka menaiki bas ke kawasan banjir di Kota Tinggi.

Pasukan sukarelawan tersebut diketuai oleh Pn Hjh Azlinda Abd Latiff yang merupakan Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Johor Bahru merangkap Ketua Srikandi Bersatu Negeri Johor.

Acara membersihkan rumah mangsa-mangsa selesai petang tadi dan mereka terus berangkat pulang ke Johor Bahru.

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *