BERSATU Bahagian Bagan Terima 140 Permohonan Sayap Ahli Bersekutu

BAGAN 14 Jan – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Bagan hari ini menerima sebanyak 140 permohonan Sayap Ahli Bersekutu.

Penyerahan borang yang dilakukan di pejabat BERSATU Bahagian di sini, tengah hari ini, turut dihadiri Ketua BERSATU Bahagian Bagan, Huzair Osman dan Naib Ketua Bahagian, Mazhar Zolbahar.

Huzair berkata, penyerahan borang berkenaan dapat memantapkan dan menunjukkan kekuatan parti di kawasan berkenaan.

“Dengan penyerahan borang keahlian ini, saya berharap bahagian ini akan bertambah kuat dan mampu untuk melaksanakan tugas kepada rakyat,” katanya.

Tambah beliau, BERSATU Bahagian Bagan juga bercadang untuk menambah lagi cawangan baharu di beberapa tempat di negeri itu.

“Insya Allah, kami merancang untuk mewujudkan empat buah cawangan baharu pada masa hadapan,” katanya.

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *