Kenyataan Media Ketua Penerangan BERSATU Malaysia

BERSATU mengucapkan takziah atas pemergian Tun Dr Mohamed Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara. Kembalinya beliau ke Rahmatullah awal pagi tadi merupakan satu kehilangan besar buat negara.

Jasa Tun Salleh kepada negara akan sentiasa dikenang. Beliau memainkan peranan penting dalam mempertingkat kepercayaan rakyat terhadap institusi kehakiman. Sepanjang perkhidmatan, beliau terkenal sebagai individu yang berani membuat keputusan yang benar, demi menegakkan prinsip-prinsip keadilan.

Semoga roh Allahyarham Tun Salleh dicucuri rahmat dan semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.

Wan Saiful Wan Jan
Ketua Penerangan
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
16 Januari 2021

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *